Sunday, March 8, 2009

halal atau haram?

aku tak faham betul dengan dia ni.. mengaku buat semua ni tapi bila ade orang persoalkan tentang halal & haram, melenting pulak! lepas tu, macam bangga pulak dia buat semua ni. nak kata jahil, ntah la.. sungguh pelik melihat manusia sebegini.. memang kubur masing-masing, tapi sebagai sesama Islam dah jadi tanggungjawab untuk menegur mana yang salah.. rasa geram je lepas baca kenyataan ni.. ya mungkin, sekarang kita berada di dunia akhir zaman..

hurm.. ni lagi satu hal. pelukan tidak berahi. pelukan tu berahi atau tidak, tetap berdosa! sesungguhnya aku sudah tak faham dengan dunia sekarang.. bukan sahaja artis malah budak-budak sekolah pun semakin menjadi-jadi. takut aku.. bukan nak kata diri sendiri bagus, tapi takut melihat keadaan sekeliling, semua menjadi-jadi tanpa ada batasan.. kebanyakan nya hanya Islam pada nama. cuba bayangkan apa beza kamu (yg berpakaian seksi, tidak menutup aurat) dengan bangsa lain? ade pulak tu kata "saya tak tau mana seksi saya". untuk mereka yang beranggapan sebegini, aku nak tau sangat, diorang ingat bila dah tak pakai baju ke baru seksi? ada tu seolah-olah bangga yang mereka tu seksi. bagi mereka seksi je, bukan tak pakai baju pun! nauzubillah..

Ya Allah kau jauhkan lah aku dari dugaan sebegini.. kau tetap kan lah IMAN ku agar aku tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir sebegini.. dan kau berilah HIDAYAH kepada semua Umat ISLAM ..

maaf, entry ni macam aku ni baik sangat.. tidak.. aku pun masih banyak kekurangan.. hanya sekadar ingin berkongsi pendapat. mana yang baik dari ALLAH s.w.t, yang buruk dari aku. semoga kita semua dirahmati-Nya dan dilindungi-NYA. Amin :)

No comments:

free counters